Bagaimana kejayaan sekolah dapat kita ukur ? Sejauh mana pula kita kaitkan kejayaan pelajar sekolah itu dengan kejayaan sekolah?
Saya merupakan bekas pelajar di sebuah sekolah terulung di dalam negeri saya dan kadangkala mendapat tempat di seluruh negara.
SMK (P) Sultan Abu Bakar.
Pada tahun ini , seramai 8 orang pelajar sekolah ini yang berjaya mendapat biasiswa JPA dan akan melanjutkan pelajaran mereka di luar negara.
Tahniah! kepada para pelajar kerana kejayaan mereka
Tahniah! kepada pihak sekolah yang berjaya melahirkan bakal - bakal pemimpin negara
namun begitu, berapa ramaikah antara para pelajar ini dan mungkin juga bekas pelajar sekolah lain yang gembira dan bersyukur dengan kejayan seumpama ini .....kemudiaannya hadir di sekolah untuk mengucapkan syukur di hadapan guru dan berterima kasih kepada mereka?
oh! Ada juga guru yang terlupa mengajar kita di kelas kerana mempunyai tanggungjawab di luar tetapi mungkin juga tanggungjawab ini adalah berkaitan dengan kita juga seperti menyiapkan kertas - kertas kerja dan membuat soalan.
Saya juga pernah menjadi pelajar dan saya pinta kepada pihak kementerian agar tidak terlalu menekan para guru dengan tanggungjawab yang terlalu banyak sehingga terpaksa meninggalkan kelas mereka. Cukup kerana sebab ini, saya semasa menuntut di sekolah dulu hilang kesabaran dan marah. Saya yakin rasa kurang sayang kepada guru di sekolah berbanding guru kelas tambahan di luar sekolah (tuition)
adalah 50% di sebabkan perkara yang remeh seperti ini.
Saya menghormati setiap guru saya dan menyayangi mereka umpama mak dan ayah saya sendiri.
terima kasih guru!
Saya merupakan pelajar 5 SC 1 dan berjaya mendapat tajaan jpa tersebut
Selamat Hari Guru!
Saturday, May 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment